Geram kawan 'sepi' 2 tahun tak bayar hutang, wanita hantar sampul kosong di majlis perkahwinan

Oleh: Shasha Zack

Seringkali kita mendengar masalah orang yang berhutang tidak mahu membayar hutang atau berpura-pura lupa dengan hutang yang dipikulnya.

 
Namun, berbeza dengan wanita ini yang menuntut hutang dengan cara paling 'savage' semasa majlis perkahwinan rakannya!
 

"Sorry ya cuma bagi sampul kosong..."

Perkongsian @yayanurhayati di Tiktok menunjukkan cara unik dia meminta rakannya membayar kembali duit yang dipinjamnya dengan memberi sampul kosong dan sengaja tidak mengisi sampul dengan wang.

Difahamkan dua tahun rakannya langsung tidak melunaskan hutang, Yaya membuat keputusan untuk menulis surat berkenaan dan menghantar di majlis rakannya.

 

“Maaf ya cuma beri sampul kosong, hutang kamu RM150 (Rp 500 ribu) sudah dua tahun lebih belum dibayar. Anggap saja itu adalah isi sampulku, daripada tak ada khabar. Anggap je hutang kamu dah lunas! Selamat berbahagia.” 

@yayahnurhayati537

 

♬ suara asli - MonTheaa

 

Janji nak bayar lepas dapat gaji tapi terus senyap...

Menurut laman Wolipop, rakan Yaya telah meminjam wang dan berjanji untuk membayarnya selepas mendapat gaji. Namun, dua tahun telah pun berlalu dan kawannya masih berdiam diri sehingga kini.

Justeru, sewaktu majlis perkahwinan kawannya itu, dia nekad untuk menyedarkan kawannya.

“Sekiranya dia boleh mengadakan majlis perkahwinan, sudah semestinya dia memiliki duit.” 

"Auto kena mental."

"Patut buat ni..."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen