Ambil masa 6 tahun tamatkan PHD, wanita syukur mampu raih kejayaan dengan sebelah mata

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah kesihatan bukan halangan untuk mengejar cita-cita yang disimpan, itulah yang kegigihan ibu kepada tujuh orang anak yang berjaya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Norhayati Sambak, mengalami masalah penglihatan iaitu mata kanan tidak berfungsi telah mengambil masa selama enam tahun untuk menghabiskan pengajiannya dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Wanita berusia 52 tahun bersyukur serta menyatakan bahawa anak-anak dan suami adalah pembakar semangatnya untuk menggapai PhD.

"Tipulah, jika tidak pernah ada rasa putus asa, pernah rasa mahu menjual tanah untuk membayar semula duit kerajaan (biasiswa).

"Pernah juga satu tahap, rasa macam sudah tidak nampak (hala tuju) kerana tiada hasil. Bersyukur ada penyelia yang sangat menyokong," katanya.

Beliau yang juga pensyarah di UiTM Kelantan memaklumkan terpaksa menggunakan kanta pembesar bagi menjalani kehidupan seharian selepas mata kirinya pula menghidap lekangan retina, namun, hal itu tidak memadamkan cita-citanya untuk meraih PhD.

"Tahun lalu, selepas selesai PhD saya terpaksa lalui dua kali pembedahan mata kiri. Mata kanan tidak berfungsi sejak 10 tahun lalu, hanya menggunakan mata kiri sahaja.

"Mungkin terlalu mengharapkan mata kiri, ia terlalu tertekan sehingga jadi seperti ini (tidak nampak)," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen