"Pelik dia tak pernah buka baju.." - Wanita rupanya kahwini suami 'gegirl', kenal di 'dating apps' terus nikah

Oleh: Shasha Zack

Tular satu kisah di Indonesia, seorang wanita ternyata mengahwini seorang suami yang sebenarnya perempuan!. 10 bulan menjalin ikatan perkahwinan, Mawar (nama samaran) sama sekali tidak menyangka rupanya 'suami' memalsukan ijazah kolej semata-mata untuk menjadi lelaki.

Menerusi Detik, mawar tidak mengesyaki langsung bahawa 'suaminya' bukan lelaki tulen ketika di awal perkenalan mereka dengan aplikasi dating kerana sikapnya yang penuh maskulin. 

“Pada awalnya, dia mengaku sebagai seorang doktor secara profesion dan memiliki banyak kelulusan ijazah akademik serta melanjutkan pelajaran di luar negara dengan biasiswa dari lima fakulti sekaligus.” 

4 Tips Kencan Pertama dengan Orang dari Dating Online

Kenal 2 minggu terus kahwin

Berpenampilan lelaki sejati, suaminya yang sebenarnya perempuan dengan nama Eryani hanya menguratnya selama 2 minggu sebelum masing-masing bersetuju untuk bernikah.

Eryani telah datang ke rumah Mawar dan menginap di rumah selama seminggu. Mengaku bekerja sebagai doktor, Eryani berkelakuan sangat baik dan menjaga ibu  dan bapa Mawar yang sedang sakit ketika itu.

 “Sempat merawat ayah saya yang akhirnya saya percaya bahawa dia itu seorang doktor. Dia lakukan pemeriksaan ke atas ayah saya dan mencadangkan ubat-ubatan, saya cuma beli. Datang ke rumah, benda pertama yang dia buat check kesihatan orang tua saya dulu.” 

Tidak lama selepas itu, Mawar dan Eryani telah dinikahkan oleh Imam Sarwono yang juga bertindak sebagai wali hakim kerana ayahnya tidak dapat hadir atas faktor kesihatan ketika itu begitu juga dengan ibunya. Bermakna, kedua ibu bapa Mawar tidak menyaksikan perkahwinan mereka.

Perkahwinan bawah umur dikhuatiri beri kesan negatif

Selalu tanya idenditi suami, tapi elak & bagi banyak alasan

Akui Mawar, sepanjang perkahwinan mereka, dia selalu bertanya mengenai identiti suaminya namun sentiasa dielak oleh Eryani dengan memberi pelabgai alasan.

Malahan, Mawar langsung tidak mengenali keluarga suaminya dan tidak pernah berhubung langsung dengan mereka. Semasa menumpang di rumah ibu bapa angkat suaminya, Mawar tidak dibenarkan berinteraksi.

Akhirnya terbognkar juga, Mawar megetahui tentang identiti Eryani ketika mereka kembali semula ke Jambi setelah melarikan diri ke Kabupaten Lahat Sumsel. 

Ibu Mawar akhirnya memaksa Eryani atau Ahnaf Arafif (nama lelakinya) untuk membuktikan kelamin saat mereka mengetahui jantina sebenar Eryani. Akhirnya, penipuan selama 10 bulan terbngkar ketikadia terbukti wanita dari kelamin yang dia ada.

 The Sometimes Awkward, Sometimes Sweet, Sometimes Painful Truth About  Dating Apps

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen