"Harap jadi insan berguna." - Sharifah Shahirah syukur anak dapat 2A dalam SPM

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini, rata-rata calon peperiksaan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 meluahkan rasa gembira dan bersyukur akan pencapaian yang telah diperolehinya.

Tidak ketinggalan, anak kepada pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah turut berpuas hati dengan keputusan SPM yang diperolehi anaknya, Airell Zulkifly.

"Alhamdulillah, saya bersyukur saja dengan keputusan Airell walaupun hanya mendapat 2A. Apa yang pasti, dia lulus dan sudah berusaha sebaik mungkin.

"Melihatkan kepada keputusan SPM itu, rata-ratanya mata pelajaran yang Airell lulus dengan baik mampu memberi peluang kepadanya untuk melanjutkan pengajian di universiti dalam jurusan pilihannya nanti," katanya.

Menurut wanita berusia 47 tahun itu, dia menerima apa sahaja keputusan SPM anaknya itu dengan hati terbuka meskipun Airell gagal kerana hanya berharap Airell menjadi insan berguna dewasa nanti.

"Saya lebih menekankan Airell agar menjadi insan yang berguna dan mampu berbakti kepada masyarakat, suka menolong orang dan saya juga tidak kisah sekiranya dia bekerja dengan gaji kecil nanti.

"Asalkan dia bekerja dan boleh berdikari dengan membantu orang lain suatu hari nanti, sudah cukup. Apa-apa pun, saya tetap akan menghantar dia (Airell) melanjutkan pelajaran hingga ke universiti, sekurang-kurangnya ada diploma," katanya.

Mesra dengan panggilan Shiera itu turut menyatakan bahawa anaknya itu kini sudah bekerja sambilan sebagai juruwang di kedai makan milik suaminya, Ijoy Azahari.

Katanya, sikap Airell yang tidak banyak bercakap sesuai dengan tugas berkenaan.

Untuk makluman, selain Airell, Shiera yang mendirikan rumah tangga kali dengan pelakon Ijoy pada 28 Februari 2003 turut dikurniakan tiga lagi anak iaitu Airra, Audra dan Adeena.

Dia juga mempunyai seorang anak perempuan, Allisya Tahir, hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, Jatt yang juga penyanyi Black Dog Bone.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen