Kerap berlakon, Danish Iskandar kecewa cuma peroleh 4A dalam SPM

Oleh: Shasha Zack

Pelakon dan model remaja, Danish Iskandar Muhammad, 18, gagal mencapai sasaran 7A seperti yang diimpikan dan akur dengan keputusannya memperoleh 4A.

Menurut Harian Metro, Danish mengaku tidak puas hati namun tetap reda kerana telah membuat yang terbaik dalam peperiksaan SPM  Mac lalu. 

"Saya mengambil sembilan mata pelajaran dalam SPM untuk kelas Sains Tulen dan mensasarkan 7A untuk keputusan hari ini. Bagaimanapun, rezeki saya hanya dapat capai 4A saja dan lulus semua mata pelajaran."

Biodata Danish Iskandar, Pelakon Shah Alam 40000 - Bisnissatu.com

Semakin aktif dalam lakonan 

Tambah Danish, dia mempunyai perancangan untuk sambung belajar namun belum ada keputusan tetap yang dibuat. Lebih-lebih lagi kini Danish semakin aktif dalam dunia model dan kerjaya seninya.

"Selepas ini, saya juga bercadang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan atau teknologi maklumat (IT) apabila harapan untuk mengikuti bidang perubatan nampaknya tidak kesampaian," katanya yang enggan berkongsi dia memperoleh A dalam mata pelajaran apa.

Danish berkata, ekoran Covid-19 tahun lalu, ianya mempengaruhi kemungkinan yang dia sukar mencapai sasarannya dalam SPM kerana mengikuti pelajaran secara dalam talian dari rumah adalah tidak mudah.

Bapa tetap bangga

Menurut Muhammad Burhanudin, bapa Danish berkata, dia tetap bangga dengan keputusan SPM diperoleh Danish kerana yakin pelakon drama Shah Alam 40K di TV3 itu sudah membuat yang terbaik.

"Saya sendiri sudah melihat kepayahan dan cabaran dihadapinya ketika belajar secara 'online' tahun lalu."

"Apa yang pasti, sebelum keputusan SPM diumumkan lagi, saya sudah berbincang dengan Danish apa hala tuju dia seterusnya pada masa akan datang dan kami akan melakukannya bersama."

Danish yang mengikuti uji bakat drama Budak Hostel terbitan Radius One baru-baru ini pernah terpalit kontroversi apabila membintangi siri bertemakan gay berjudul Stay Away From Me, tahun lalu.

Teen actor lawyers up against production firm over boy love web series |  Coconuts

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen