Ramai sebak, ibu jadi wakil arwah anak terima ijazah di majlis konvo

Oleh: Zuzu Yasmine

Majlis Konvoksyen merupakan hari yang sangat bermakna buat para graduan selepas bertahun-tahun membanting tulang demi mencapai segulung sijil ijazah.

Bagaimanapun, dalam keterujaan kita menanti hari tersebut ada rakan-rakan seperjuangan pergi terlebih dahulu menghadap Ilahi.

"Al-Fatihah."

Itulah yang dikongsikan oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Zawir Aidil ini apabila memuat naik sebuah video yang menyentuh hati ramai.

Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang wanita sedang yang mengambil giliran untuk menerima segulung ijazah tanpa mengenakan jubah serta topi seperti graduan lain.

Rupanya, wanita berkenaan menggantikan arwah anaknya yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Menurut Zawir Aidil, anak wanita berkenaan merupakan rakan karibnya malah pemergian arwah sangat memberi kesan kepadanya.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat momen tersebut. Malah, mereka juga terharu melihat persahabatan dua individu itu.

Takziah

Tersentuh hati

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen