Tiada konspirasi nak jatuhkan, saksi nafi tuduh Siti Bainun kerana cemburu

Oleh: Shasha Zack

Suhana Zam yang juga merupakan Penyelidik Undang-undang menafikan dia cemburu dengan pengasas Rumah Bonda itu yang mempunyai kehidupan yang lebih baik daripadanya.

Suhana juga yang merupakan rakan kepada Siti Bainun menafikan wujudnya konspirasi untuk mengenakan wanita itu, lapor Utusan.

Ketika disoal balas, peguam Asiah Jalil pula mencadangkan Suhana menipu kerana dia cemburu Siti Bainun menjalankan hidup yang baik, namun perkara tersebut dinafikan wanita terbabit.

Suhana, 40, yang juga pegawai penyelidik undang-undang di sebuah firma guaman membuat penyataan tidak bersetuju ketika disoal balas oleh peguam pembelaan Nur A’minatul Mardiah Md. Nor sama ada dia dan empat rakan lagi mempunyai niat untuk menjatuhkan Siti Bainun berikutan mempunyai kehidupan lebih baik.

Siti Bainun nekad saman kerajaan pula, gesa Rumah Bonda dibuka semula | MH  Daily

Bella ditinggalkan seorang diri ketika Bainun & yang lain photoshoot gambar raya

Selain itu, Nur A’minatul juga menyatakan pendakwaan bahawa Suhana telah menipu sebanyak 16 kali selain gagal memberitahu mahkamah perkara sebenar dalam prosiding dijalankan.

Perkara itu dibangkitkan Nur A’minatul ketika menanyakan Suhana mengenai peristiwa semasa Siti Bainun, dua rakan serta anak angkatnya pergi mengambil gambar sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Mengikut keterangan Suhana, Bella telah ditinggalkan seorang diri ketika Siti Bainun dan yang lain pergi mengambil gambar Aidilfitri di sebuah studio antara pukul 11 pagi hingga 2 petang.

Bagaimanapun, rujukan daripada perbualan di aplikasi WhatsApp, slot yang masih kosong ialah pada pukul 3 hingga 5 petang, malah resit dikeluarkan pihak studio turut menunjukkan masa yang sama.

Menerusi penyataan saksi ke-8 itu, timbul keraguan menunjukkan bahawa Suhana tidak ke unit kondominium Siti Bainun dan naik ke atas untuk mengesahkan Bella tinggal seorang diri.

Pengasas Rumah Bonda mohon dapatkan semula hak jagaan 5 anak angkat

“Apabila bercanggah, kejadian-kejadian yang diceritakan di mahkamah tidak pernah berlaku. Suhana, Haiza, Hani, Azura dan Syira boleh pada bila-bila masa mengambil gambar dan video (kejadian menimpa Bella), namun mereka tidak buat kerana tiada kejadian untuk dirakamkan."

“Konspirasi ini menjadi semakin mendalam apabila kamu membaca sendiri hal ini di media sosial.” 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen