"Majlis ni takboleh diteruskan!" - Geram kekasih kahwin lain, wanita 'ganggu' perkahwinan pakai gaun pengantin

Oleh: Shasha Zack

Gara-gara majlis perkahwinan didatangi bekas kekasih pengantin lelaki, majlis perkahwinan seorang jejak dan bakal isterinya musnah dek kerana drama tersebut.

Kejadian yang berlaku di bandar Baoji dalam wilayah Shaanxi difahamkan ketika pengantin lelaki datang awal pada majlis perkahwinan untuk membantu menyusun meja dan mendekorasi majlis perkahwinannya.

Selami Erti Perkahwinan Yang Sebenar - Pesona Pengantin

Gambar hiasan

"Perkahwinan ni tak boleh berlangsung!..."

Namun begitu, ketika majlis sedang berlangsung, tiba-tiba datang seorang wanita yang lengkap memakai busana pengantin, lalu menjerit menganggu majlis.

Wanita tersebut memandang tepat ke arah pengantin lelaki dengan riak marah sambil menjerit.

“Saya berada di sini hari ini, jadi perkahwinan ini tidak boleh berlangsung.” 

Rupa-rupanya, wanita berkenaan adalah bekas kekasih pengantin lelaki yang dikenali sebagai Zhang. Mereka telah lama menjalin cinta namun akibat hubungan tak direstui keluarga, akhirnya hubungan mereka putus di tengah jalan.

 

Pada ketika itu, Zhang dilaporkan mula bercinta dengan wanita lain yang merupakan pengantin perempuan sebenar dan memutuskan hubungannya dengan wanita ini.

Pengantin perempuan sorok lelaki dalam gaun - Kosmo Digital

Gambar hiasan

Difahamkan, akibat terlalu marah dan kecewa, wanita ini mengganggu majlis perkahwinan Zhang untuk merosakkan majlis dan menghalang perkahwinan daripada berlaku.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai adakah pernikahan berjalan lancar atau sebaliknya.

 

Pelamin Jatuh Masa Majlis Akad Nikah - My TV ONLINE

Gambar hiasan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen