“Penat hari2 minta seat.” – Wanita kecewa pengguna LRT tak peka keadaan ibu hamil

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi satu kebiasaan orang awam perlu memberi keutamaan kepada orang wanita hamil, kanak-kanak dan juga warga emas apabila menaiki pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan juga bas.

Bukan itu sahaja, di dalam pengangkutan awam itu sendiri juga menyediakan kawasan khas buat golongan ini.

Bagaimanapun, sering kali menjadi isu apabila segelintir mereka bagaikan tiada perasaan belas terhadap mereka ini.

Kecewa pengguna LRT tak peka wanita hamil.

Itulah hal yang dilalui oleh seorang wanita hamil dikenali sebagai Roseee ini apabila meluahkan rasa kecewa kerana tidak diberikan tempat duduk ketika menaiki tren pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT) semalam.

Berkongsi perasaan itu di platform TikTok, Rose meluahkan rasa penat apabila setiap hari terpaksa meminta tempat duduk daripada penumpang lain di dalam tren meskipun sudah melekatkan tag mengandung pada beg miliknya.

@ohroseeeee Bila duduk priority seat kenalah aware dengan surrounding, jangan ignorance sangat. Penat tauu hari hari nak mintak seat. Ada pregnant tag, perut besar pun diorang buat tak nampak. Orang tua lagi la kesian 🥲😪 #priorityseat #firsttimemommy #notmeonly #penat #fyp ♬ original sound - ipannnn

Dalam pada itu, wanita berkenaan juga berharap semua pihak terutama penumpang LRT agar memberi keutamaan kepada wanita mengandung mahupun warga emas.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet bersimpati akan nasib wanita berkenaan. Malah, mereka turut memahami perasaan penat membawa diri ketika sedang hamil.

Memang susah dapat seat

Sibuk main telefon

Jangan malu mintak seat

Dia orang kurang simpati

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen