Tular rakaman CCTV dipercayai kes samun, rogol, netizen sayu dengar wanita jerit tapi takde jiran yang datang bantu

Oleh: Shasha Zack

Hari ini tular satu rakaman CCTV dipercayai kes samun dan rogol yang berlaku di Flat Bayu Perdana Klang. 

Namun begitu, apa yang membuatkan netizen sayu dan kecewa adaah sepanjang jeritan dari mangsa, dilihat tiada siapa pon yang bergegas menghulur bantuan.

"Takutnya dengar suara dia jerit..." - Netizen

Perkongsian @datinkia di Tiktok menunjukkan rakaman kamera litar tertutup sebuah rumah yang dipercayai telah dipecah masuk oleh satu geng lelaki, dipercayai dengan tujuan untuk merompak dan merogol mangsa wanita dalam kediaman tersebut.

Dalam video, terdengar rintihan sayu dari wanita tersebut dan menurut komen dari netizen, salah satu yang diperkatakan mangsa adalah larangan mengambil telefon bimbitnya sebelum jeritan sahut menyahut kedengaran.

@datinkia ada info??dgr²nya kes samun&rogol di bayu,Klang.#malaysiatiktok #fyp #masukberanda #foryoupage #selangortiktok #viraltiktok #fypシ ♬ original sound - Rainbow

"Jiran sekarang ramai takboleh pakai..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen mempersoalkan jiran-jiran sekitar yang langsung tidak prihatin dan membantu mangsa yang jelas kedengaran menjerit berulang kali.

Dalam pada itu, beberapa netizen juga memberi nasihat agar jika berlaku sebarang perkara tidak diingini, wajib menjerit menyebut perkataan 'TOLONG' supaya orang sekeliling tahu bahawa mangsa di dalam bahaya.

"Takut dengar suara dia jerit.."

"Memang bahaya kawasan tu..."

"Nampak macam ramai..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen