Dah 2 bulan tidur di kaki lima, ramai kesian tapi minta siasat dulu sebelum tolong –“Ada tak kena makcik ni.”

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak akhir-akhir ini, media sosial menjadi salah satu cara membantu mereka yang kurang berkemampuan. Mana tidaknya, dengan tular sebuah video memaparkan kesusahan individu tersebut membuatkan ramai yang menghulur bantuan.

Dah 2 bulan makcik duduk di kaki lima.

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang wanita warga emas dilihat duduk di kaki lima hingga menghalang laluan premis yang berdekatan.

Pengguna TikTok dikenali sebagai The Cuci King itu juga sempat berbual beberapa perkara dengan wanita berkenaan.

Menurut wanita itu, dia sudah dua bulan bertapak di kaki lima itu sementara menunggu anaknya mencari rumah yang bersesuaian untuk mereka tinggal.

@thecuciking Kesian memang kesian, tapi dah 2 bulan duduk depan kedai kawan kita sampai ganggu orang nak meniaga. #fyp #fypdongggggggg #bendadahpost ♬ original sound - The Cuci King (MY)

Dalam video berdurasi empat minit itu juga dapat didengari pengguna TikTok berkenaan turut menawarkan bantuan dengan ingin membawa wanita tersebut ke rumah pelindungan namun ditolak Sekeras-kerasnya.

Bagaimanapun, difahamkan pegawai Pusat Zakat telah pun menemui wanita berkenaan untuk menghulurkan bantuan.

@thecuciking Reply to @zaidinawawi Alhamdulillah, TQ TikTok! Pusat Zakat dah buat siasatan dan ambil tindakan 😭 #fyp #fypdongggggggg #bendadahpost ♬ original sound - The Cuci King (MY)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet seakan mencuriga akan tindakan wanita tersebut yang tidak mahu berpindah.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa ada sebab tersendiri mengapa wanita berkenaan bertindak sedemikian.

Kena siasat dulu ni

Kenapa anak tinggal je mak dia?

Rela duduk dekat jalan dari rumah orang tua

Tengok gaya macam ada masalah je

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen