Cuma lambat sejam, lelaki tercengang pelanggan ugut enggan bayar. -"Aku kerja balai, bini peguam..."

Orang kata, berada di dalam dunia perniagaan ini jiwa kena kental. 

Bukan sahaja perlu berdepan jatuh bangun bisnes, tetapi juga perlu menguatkan mental mendepani kepelbagaian ragam pelanggan hampir setiap hari.

'Abam balai' buat perangai

Berkongsi pengalamannya di Tiktok, seorang staf di kedai baiki telefon mendedahkan dirinya pernah bertemu dengan pelanggan pelik.

 

@waynegadget Bila dengar macam tu kami pun tunjuk lah jugak nombor lawyer dalam phone kami. Terus dia cakap baik baik & minta maaf hahah 😂 #iphonerepairshopmalaysia #waynegadget #fyppppppppppppppppppppppp #iphonerepairmurah ♬ suara asli - FHM14

 

Tak nak bayar kos 'repair' sebab lambat

Bukan apa, hanya disebabkan lewat tiba di lokasi penghantaran, pelanggan itu mengugut enggan bayar, siap mengaku dirinya bekerja di balai manakala isterinya pula peguam.

Bagaimanapun, pemuda itu memberitahu tidak sampai sejam pun rakan kerjanya itu tiba di lokasi tetapi pihak sebelah sana (pelanggan) membesarkan isu pula, siap 'claim' dirinya sebagai orang kerajaan.

 

"Ibarat pakai Honda tak nak bayar tol"

Bagaimanapun, tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-ratanya mentertawakan perangai pelik pelanggan itu yang menurut mereka langsung tiada kaitan dengan urusan jual beli dua pihak.

"Amende lah pelanggan macam tu?"

"Ingat ada jawatan tak bayar ke?"

 

Gugup kena 'acah' dengan bos

Namun begitu, pemilik akaun memaklumkan bahawa pelanggan itu telahpun membuat bayaran selepas tuan kedai berhasrat ingin memuat naik video pelanggan itu di platformTiktok.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen