“Sedap masa recording je, masa live hancur!” – Netizen selar penyanyi Indonesia rosakkan lagu Tiara

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak akhir-akhir ini bagai satu ‘trend’ penyanyi Indonesia mula mendendangkan lagu-lagu Malaysia yang pernah popular sekitar tahun 90an.

Bukan itu sahaja, peminat-peminat di Indonesia juga mendakwa bahawa lagu-lagu tersebut menjadi popular selepas ‘dicover’ oleh penyanyi mereka.

Namun, baru-baru ini, timbul pula satu perdebatan dalam kalangan pendengar yang kurang senang mendengar nyanyian dari seorang penyanyi Indonesia dikenali sebagai Raffa Affar.

Rata-rata warganet berpendapat bahawa Raffa Affar telah merosakkan melodi serta keaslian lagu berkenaan.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Mohd_Yusuf itu telah menyaksikan penyanyi berkenaan menyanyikan kembali lagu berjudul Tiara dalam sebuah program hiburan secara siaran langsung.

@mohd_yusuf86

KLU aku nyanyi kelaut xpe sbb aku bukan artis .

♬ bunyi asal - Mohd yusuf

Dalam video tersebut, dapat dilihat Raffa membawa lagu tersebut dengan mendayu-dayu sedangkan lagu itu perlu dibawa dengan jiwa rock.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa penyanyi berkenaan tiada mood untuk menyanyi.

Malah, ada juga berpendapat bahawa nyanyian secara ‘real life’ berbeza dengan ‘recording’.

Kecewa dengar

Membaca ke tu?

Part chorus je dia pandai

Mengantok dengar 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen