"Bella sepatutnya tinggal dengan ibu Bainun..." -Saksi ke-12 buka cerita sebenar

 

Disebabkan tidak mengenali Siti Bainun secara peribadi, malah tidak mengetahui latar belakang pengasas Rumah Bonda, Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak bersetuju Bella diletakkan di bawah jagaan mereka.

Menurut pegawai pelindung Bella, Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, Mahkamah Majistret membenarkan hak penjagaan sementara remaja berusia 13 tahun itu kepada Siti Bainun selepas ia dimohon seorang lagi pegawai JKM dikenali Siti Sarah.

Bella sepatutnya tinggal bersama keluarga Bainun

Saksi pendakwaan ke-12 berkata, mengikut persetujuan awal sepatutnya Bella ditempatkan di kediaman keluarga Siti Bainun yang didiami ibu dan kakaknya di Ampang.

"Pada 14 Julai 2020 adalah tarikh perintah jagaan Bella di JKM Taman Sinar Harapan, Seremban, tamat tempoh. Saya bawa Bella ke Mahkamah Majistret Kanak-Kanak Kuala Lumpur untuk mendapatkan satu perintah baharu ke atas penjagaan Bella, bermula 14 Julai hingga 20 September tahun sama.

"Mahkamah membenarkannya. Selepas itu, saya masuk pejabat akhlak sebelah mahkamah berkenaan dan dalam itu ada Siti Bainun. Pada ketika itu, Siti Bainun panggil Bella yang kemudian peluk pengasas Rumah Bonda berkenaan. Mereka dilihat berbual.

Pegawai JKM bantu Siti Bainun dapatkan jagaan Bella

Namun begitu, Siti Sarah berjumpanya sekaligus bagi menyampaikan hasrat Siti Bainun yang ingin menjaga Bella.

Sewaktu perjumpaan itu, Sarah juga memberitahu bahawa Bainun ada menjaga dua orang OKU lain dan tiada sebarang kesalahan jenayah.

"Kemudian, Siti Sarah berjumpa saya dan menyampaikan hasrat Siti Bainun untuk menjaga Bella di mana pada awalnya saya tidak setuju. Siti Sarah mengatakan Siti Bainun ada menjaga dua OKU lain dan tiada kesalahan jenayah.

"Siti Sarah turut merujuk hasrat itu dalam mahkamah sebelum saya masuk menasihati majistret berkaitan perkara itu. Majistret maklumkan cuba letakkan kanak-kanak itu sementara dalam jagaan Siti Bainun dan pantau keadaan Bella ketika tempoh itu sebelum meminda balik permohonan (Bella terus tinggal di Taman Sinar Harapan)," 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen