“Minyak masak bersubsidi senang dapat dekat Golok.”

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari demi hari, pelbagai rungutan orang ramai mengenai harga barangan yang dikatakan semakin mahal. Itu belum lagi beberapa barang harian yang seperti minyak, telur serta ayam dikatakan naik harga dengan mendadak.

Bagaimanapun, bekalan minyak masak subsidi Malaysia dikatakan tidak pernah terputus di Golok, Thailand selain mudah didapati di pasar negara itu.

@abgpotai 🤣🤣#fyp.. Penyangak berluasa#TakeBestShot ♬ Che La Luna - Louis Prima

Minyak berkenaan dijual dengan harga sekitar RM6.80 hingga RM7 sepaket, mahal sedikit berbanding sebelum ini RM5.80 hingga RM6.

Malah, penduduk mendakwa boleh dikatakan hampir setiap rumah di Pekan Golok itu mempunyai bekalan minyak subsidi Malaysia memandangkan harga jauh lebih murah berbanding minyak masak keluaran negara itu.

@abgpotai Byk Lorong tikus sempadan kelantan agar sukar nk d kawal.🤣 #fyp ♬ Che La Luna - Louis Prima

Menurut seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Imah, mengakui menggunakan minyak masak dari Malaysia itu untuk kegunaan seharian.

"Memang sejak dahulu lagi minyak masak ini yang menjadi pilihan kami sekeluarga memandangkan harga yang jauh lebih murah berbanding minyak masak Thailand.

"Bayangkan jika minyak masak Malaysia hanya RM7, berbanding minyak masak Thailand RM9.50 bagi sekilogram. Jadi, sudah tentu kami akan memilih minyak yang lebih murah.

"Sebagai penduduk di sini kami tidak tahu sama ada ia menjadi kesalahan apabila minyak ini dibawa masuk ke Thailand kerana ia bukan perkara baharu sebaliknya sudah sekian lama," katanya.

Wanita berusia 44 tahun itu hanya menganggap jika penduduk di Thailand menggunakan minyak masak Malaysia, orang Malaysia pula menggunakan beras Thailand.

"Dari segi bekalan memang tidak menjadi masalah di sini kerana ia boleh didapati di pasar pagi dan setahu saya bekalan tidak pernah terputus," katanya.

Dalam pada itu, Aziz Mohd pula memaklumkan minyak subsidi Malaysia itu dijual secara terbuka tanpa larangan di kedai runcit dan pasar pagi di negara berkenaan.

"Tiada halangan nak beli berapa paket, jika ada duit banyak nak beli 50 paket pun tiada masalah dan sememangnya minyak ini menjadi pilihan penduduk serta peniaga di sini kerana harga jauh lebih murah.

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana minyak subsidi di Malaysia itu dibawa masuk ke Thailand, namun yang pasti minyak ini senang diperoleh dan sentiasa ada di sini," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen