Tewas dibawa arus bersama ibu mentua, pasukan penyelamat jumpa 'buku pink' wanita hamil

Semalam, kita telah menerima khabar menyayat hati apabila mayat wanita hamil dan ibu mentuanya yang dikhuatiri lemas dibawa arus telahpun ditemui tidak bernyawa di bawah timbunan kayu.

 

Jumpa buka pink mangsa

Menerusi perkongsian terbaru kenalan kepada arwah Nurul Anis Hassan, memaparkan detik bilamana pasukan penyelamat menemui buku rekod kesihatan bayi (buku pink) beserta dengan foto sewaktu melakukan pemeriksaan kandungan .

 

@suriaabdullah99 Al-Fatihah sahabatku dan baby dalam kandungan semoga di tempatkan dalam orang2 beriman😭😭🤲🤲#fyp#prayforbalingkedah ♬ bunyi asal - Suria Abdullah

 

Mereka sewaktu dirakam, kelihatan sedang membersihkan buku tersebut yang dipenuhi lumpur dengan penuh teliti.

"Syurga untukmu, wahai ibu"

Meninjau ke ruangan komen, ramai akui tersentuh dengan pengakhiran mangsa yang dilaporkan ditemui tidak bernyawa bersama ibu mentuanya di bawah timbunan kayu.

 

 

"Baiknya dia tak tinggalkan mentua"

Meskipun tidak mengenali antara satu sama lain, namun warganet turut terkesan dengan perkongsian tersebut.

 

"Masa tengok video, saya nangis..."

Jenazah selamat dikebumi

Mengikuti perkembangan semasa, jenazah Nurul Anis, ibu mentua serta adik lelakinya selamat dikebumi sekitar awal 5.30 pagi tadi.

Turut dikebumikan adalah janin yang dikandung arwah Nurul Anis berusia empat bulan.

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen