“Bukan nak rampas hak atau suami semula!” – Puteri Sarah harap kes jatuh sebagai jenayah

Oleh: Zuzu Yasmine

Kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana bersama suami Syamsul Yusof yang merupakan pengarah terkenal itu bukan lagi satu rahsia.

Jika sebelum ini Puteri Sarah telah membawa kes orang ketiga yang menjadi punca keretakkan itu ke mahkamah namun mendedahkan lagi gangguan yang dilakukan pihak tersebut.

Pelakon berusia 36 tahun itu mendedahkan bahawa bukan sahaja rumah tangga yang diganggu sebaliknya ahli keluarga mentuanya turut menerima gangguan sama.

@shielabiey kesiannya PS ni berjuang sorg2 pertahankan rumah tangga,pape pon kami semua di side mu!!buat penyondol muka mcm rohingya tu jng bahagia sagt atas penderitaan org lain,kifarah allah menanti kau!!! #foryoupage #fypmalaysia #syamsulyusof #irakaza #puterisarahliyana ♬ original sound - shiela sham

Menerusi video live di Instagram pelakon tersebut bersama aktres nad Zainal, dia memaklumkan sudah cuba bertahan k diganggu wanita berkenaan empat tahun lalu bagi menjaga maruah suami dan keluarga.

“Semasa perkara ini mula berlaku empat tahun lalu, macam-macam saya nak buat tetapi demi memikirkan aib suami dan keluarga, saya bertahan.

“Namun, lama-kelamaan, bila terlalu kerap diganggu secara mental, rasa cukup-cukuplah. Jika saya ini mulut jahat, saya sudah canang kepada semua,” katanya.

@shielabiey jenis muka tak tahu malu si irakazar family mentua PS pon kau nak kacau jgak!!😡#foryoupage #fypmalaysia #syamsulyusof #irakaza #puterisarahliyana ♬ original sound - shiela sham

Jelasnya, tindakan saman yang difailkan tempoh hari terhadap wanita berkenaan adalah bagi mempertahankan maruah dan haknya sebagai seorang isteri.

“Bila orang tanya kenapa nak saman-menyaman, saya lakukannya bukan kerana nak rampas hak atau suami semula tetapi mahu tuntut hak sendiri dan anak-anak.


“Saya sudah failkan aduan dan saman, harap anda semua doakan kes ini jatuh sebagai jenayah.

“Banyak sebenarnya kes isteri balas semula perbuatan perampas seperti diganyang dan sebagainya tetapi kali ini terbalik, saya pula yang kena dan teraniaya,” jelasnya.

@shielabiey Replying to @tasy1717 #foryoupage #fypmalaysia #syamsulyusof #irakaza #puterisarahliyana #hakakbollywood ♬ original sound - shiela sham

Bagaimanapun, Puteri Sarah mengakui tidak menolak kemungkinan untuk menerima wanita itu sekiranya memperkenalkan diri secara baik.

Namun, sebaliknya pula berlaku apabila wanita berkenaan dikatakan mengganggu ahli keluarga mentuanya termasuk adik-beradik Syamsul.

“Kalau awal-awal mungkin marah tetapi saya boleh pertimbangkan. Namun awal-awal pun dia sudah serang ibu mentua dan ganggu adik-adik Syamsul.

“Orang cakap saya halang poligami tetapi saya nak tegaskan, Nabi Muhammad SAW berkahwin lain selepas Saidatina Khadijah wafat. Para lelaki dengar baik-baik.

“Jadi, anda semua jangan main cakap lelaki boleh kahwin empat. Fahamkan dulu. Jika nak berpoligami, carilah keturunan dan bakal isteri yang baik-baik,” katanya lagi.

Terdahulu, Puteri Sarah bertindak memfailkan saman dan aduan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Selangor pada 30 Jun lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen