Warganet mengamuk lagi, pemilik kelab didakwa perlekeh orang Melayu untuk melawak?

Belum pun reda isu wanita menanggalkan pakaiannya di atas pentas minggu lalu, muncul pula kontroversi baru, yang mana difahamkan juga berlaku di atas pentas komedi.

Pemilik kelab 'persenda' bangsa untuk melawak?

Namun, bezanya isu kali ini lebih menambah kemarahan warganet apabila pemilik sebuah kelab itu sendiri menggunakan bangsa sebagai bahan melawaknya di hadapan penonton.

 

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@merdekatimes_)

Dalam video yang dimuat naik merdekatimes, kelihatan pemilik kelab itu mengakui sendiri bahawa dia suka menggunakan bahasa Tamil setiap kali melakukan persembahan.

"Sebab tu saya guna bahasa Tamil..."

Rupanya ada muslihat lain, bilamana bahasa itu memudahkan dirinya untuk memerli orang Melayu.

"Maafkan saya, ini adalah masa untuk kuota bumiputera...sekarang diminta senyap, hidup Melayu!"

"Tahu tak kenapa saya buat persembahan dalam bahasa Tamil? Sebab saya suka perli orang Melayu."

"Sini mereka okey je sebab mereka tak faham apa yang saya maksudkan, saya boleh buat persembahan dalam bahasa Inggeris tapi itu pun mereka tak boleh faham."

Lebih menyedihkan, penonton yang berada di situ bersorak dan bertepuk tangan seolah-olah membenarkan perbuatan lelaki bernama Rizal itu.

"Sila berambus"

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen pula, ramai marah dengan perbuatan lelaki itu yang dianggap biadap.

"Pelawak sampah"

Netizen seru pihak berkuasa

Dalam waktu sama, mereka juga berharap ada tindakan  susulan dilakukan ke atasnya kerana secara tak langsung perbuatannya itu boleh memecah belahkan perpaduan bangsa lain juga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen