Bayi 8 bulan maut akibat objek tumpul, ibu tunggal ditahan

Oleh: Zuzu Yasmine

Bayi lelaki berusia lapan bulan dilaporkan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di badan dalam kejadian di Sungai Siput, Perak.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima maklumat itu pada 7.10 pagi.

Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.

"Proses bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati ada kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan mangsa akibat objek tumpul," katanya.

Dalam pada itu, ibu kandung mangsa berusia 30 tahun yang bekerja sebagai jururawat ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mangsa adalah anak tunggal dan tinggal bersama ibunya yang bercerai sejak enam bulan lalu.

"Ibu mangsa direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan kita akan menjalankan siasatan lanjut jika ada individu lain terbabit dalam kes ini," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen