Cuba lagu 'Tiara' versi tamil, netizen minta pemuda 'cover' lagi lagu Melayu. -"Suara dia merdu!"

Jika sebelum ini, lagu Tiara yang dinyanyikan semula oleh penyanyi Indonesia mendapat respon jelek dari netizen, siapa sangka lagu lagenda tersebut mendapat pujian apabila dibawa dalam versi tamil.

Tiara versi tamil jadi buah mulut

Dalam perkongsian di Twitter, memaparkan video pendek sekumpulan band yang diketuai oleh penyanyi berbangsa India membawa lagu itu dalam versi berbeza.

 

 

Seruling lain dari lain

Lebih memukau perhatian, persembahan nyanyian mereka dimantapkan lagi dengan alatan muzik seruling sehingga netizen meminta kumpulan itu cuba membawa lagu lain pula selepas ini.

"Kami nak lagi"

Meninjau ke ruangan komen, persembahan mereka menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen sehingga ada yang akui telah jatuh hati dengan kemerduan suara penyanyi itu meskipun berbeza bangsa.

"Meleleh air mata weyh!"

"Suara emas"

"Ini lagi padu dari versi Indo"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen