Juri berat sebelah, ramai bengang lihat pesilat negara terpaksa tarik diri

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh di media sosial akan ketidakpuasaan hati orang ramai terhadap pertempuran persilat negara, Mohammad Khairi Adib Azhar menentang Aniq Asri Mohammad Yazid dari Singapura bagi kelas B dalam perlawanan akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19.

Perlawanan yang berlangsung di Pusat Dagang Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh itu dikatakan berat sebelah apabila pihak juri yang mengadili pertarungan tersebut dengan tidak adil.

Perkara itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengurus, jurulatih, pesilat dan penonton yang membantah juri.

Bahkan, di media sosial tular akan video dimana persilat negara, Adib terpaksa menarik diri dan keluar dari gelangang.

@mhdzzl Kejohanan Pencak Silat Dunia 2022 di MITC Melaka #malaysiatiktok #pencaksilat #tragedi #fyp #weeknoend ♬ original sound - Kau Bukan Aku

@encikn1k Yang mana tengok live tu yang tahu apa yang telah terjadi#xyzbca #fyp #fypシ #fypシ゚viral #silat #pencaksilat #pesilat #silatmalaysia #pencaksilatmalaysia #kejuaraandunia #sadboy ♬ original sound - Mary Jo

@dillaaaaaaaaa___ Panasss panasss #malaysia #worldchampion #silatworldchampionship2022 ♬ original sound - Dillaaaaaaaaa

@themelakatv Suasana gelanggang silat kecoh apabila Adib keluar dari Gelanggang kerana pemarkahan dirasakan tidak adil.#PencakSilatDunia #viral #kecoh #silat ♬ original sound - Melaka TV

Momen tersebut membuatkan ramai yang bengang serta berharapkan keadilan buat Adib akan terbela.

Baik tarik diri

Malaysia selalu kena boikot

Bertahan pun dapat point

Memetik laporan Kosmo, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, beliau terpaksa turun dari pentas dan meminta Mohammad Khairi Adib mengundur diri seminit sebelum tamat, setelah melihat persilat negara diperlakukan dengan tidak adil.

@jull21pb bertabahla semoga berjumpa lagi#silatmelayu#silat#darahmatkilau#pahlawangardadepan ♬ bunyi asal - penjahitbesi

Katanya, seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan pertarungan itu melihat catatan markah Mohammad Khairi Adib tidak bergerak, walaupun pesilat itu banyak melakukan pukulan dan tendangan yang sepatutnya diberikan mata.

“Saya bertanggungjawab menyuruh Adib mengundur diri setelah melihat catatan markah di papan elektronik tidak bergerak dan kita boleh lihat banyak serangan-serangan yang jelas tidak dikira oleh juri.

“Serangan yang dilakukan bukan ditepis atau pun serangan melindungi juri, sebaliknya ia disertakan dengan bunyi seperti tendangan tepat sehingga menyebabkan pesilat lawan berundur ke belakang.

“Saya menyuruh Adib mengundur diri daripada meneruskan perlawanan adalah berdasarkan peraturan yang menyebut pasukan yang bertanding dibenarkan untuk mengundur diri atas sebab-sebab yang kita fikir adalah munasabah,” katanya.

Dalam pada itu, kontinjen silat negara telah mengemukakan bantahan dan turut memohon perlawanan semula kepada Perwakilan Teknikal Antarabangsa (ITD).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen