Kecoh lelaki berkopiah laung azan di tokong, rupanya alami masalah mental

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular di media sosial memaparkan seorang lelaki berkopiah dikatakan melaungkan azan di hadapan patung dalam sebuah tokong Cina di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Akademi Penyelidikan Agama Dunia itu memaparkan lelaki berkenaan melaungkan azan mengadap ke arah patung yang terdapat di dalam tokong tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan menerima laporan berhubung video yang tular itu.

Menurut  Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, hasil siasatan polis mendapati suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an dan tinggal di Jalan Kilang Ubi, Bukit Mertajam.

“Kejadian ini disyaki berlaku antara 26 hingga 27 Julai lalu di sebuah premis Pertubuhan Yulan Bukit Mertajam sempena festival sambutan Perayaan Hantu Lapar yang disambut Julai setiap tahun.

“Hasil keterangan saksi-saksi mengesahkan suspek seorang yang mempunyai masalah mental dan kurang siuman. Ini adalah kejadian kedua yang dilakukannya dan pertama pada tahun 2017,” katanya.

Beliau berkata, penududuk di sekitar kawasan tersebut kebanyakannya sudah mengenali suspek terbabit.

Justeru tambahnya, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak menularkan apa-apa perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti dan memecah belahkan antara kaum serta agama dalam masyarakat di negara ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen