‘Bertekak’ pasal ayam goreng, pasangan sengaja provoke pekerja restoran?

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular di media sosial akan video memaparkan pekerja restoran makanan segera ‘bertekak’ dengan sepasang pelanggan.

Dalam video dimuat naik laman Twitter Malaysia Most Viral itu memaparkan seorang pekerja dipercayai pengurus restoran berkenanan dilihat sedang berperang mulut dengan pelanggannya.

Difahamkan, pasangan tersebut seakan meminta pemintaan yang kurang masuk akal membuatkan pekerja berkenaan panas hati.

Bahkan, dalam video berdurasi dua minit 20 saat itu turut dapat didengari suara pelanggan berkenaan yang seakan sengaja mencetuskan kemarahan pekerja tersebut.

Walau bagaimanapun, video yang dirakam oleh pelanggan berkenaan hanya separuh dari kejadian yang berlaku ketika itu.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa pelanggan berkenaan sengaja provoke pekerja tersebut. Bahkan, mereka penuntut pemilik video berkenaan memuat naik kejadian awal di restoran terbabit.

Jenis suka cari pasal ni

Pasal ayam je pun

Video macam ni tak boleh percaya

Video pun sekerat je

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen