Lagi 2 hari nak kahwin, gadis menangis wang simpanan lesap dikebas ‘scammer’

Oleh: Zuzu Yasmine

Penipuan atas talian atau ‘scammer’ dikatakan semakin kerap mencari mangsa sejak akhir-akhir ini. Jika sesiapa terpedaya dengan kata-kata mereka pastinya akaun simpanan bakal kering kerana dikebas golongan ini.

“Kenapa kau aniaya aku macam ni?”

Itulah yang dilalui oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagia Mesyamina apabila meluahkan rasa kecewa apabila duit kahwinnya lesap gara-gara scammer.

Lebih bertambah simpati lagi apabila Mesyamina memaklumkan bahawa wang tersebut merupakan wang kahwinnya dan bakal digunakan pada majlis kahwinya yang bakal berlangsung lagi dua hari.

@mesyamina Ya allahhh tolong aku perlukan kata semangat dari korang 😭😭😭 #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #tiktokviral ♬ Trying My Best - Anson Seabra

Menurutnya, meskipun bukan jumlah yang banyak namun RM5000 itu sangat bermakna buat dirinya.

Dalam video tersebut, dapat dilihat gadis berkenaan menangis serta keliru mahu mencari wang memandangkan majlis kahwinya semakin hampir.

@mesyamina Aku dah taktau nak buat ape 😭 #fypシ #fyp #tiktokmalaysia ♬ I will go to you like the first snow - Shin Giwon Piano

Bahkan dia juga memaklumkan tidak akan menghalalkan sesiapa yang menganiya dirinya.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dan meminta agar dia bersabar dengan dugaan tersebut. Malah, mereka juga tertanya-tanya bagaimana dirinya boleh menjadi mangsa.

Macam mana boleh hilang?

Bawa bersabar kak

Dugaan nak bina masjid

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen