Bagi anak muda, urusan jodoh dan pertemuan adalah sebaiknya dipilih tanpa campur tangan ibu bapa.
Bukan itu sahaja, mereka juga lebih gemar merahsiakan hubungan sehingga masing-masing bersedia dan yakin untuk melangkah ke fasa yang lebih serius.
Kantoi keluar 'dating'
Begitulah juga yang mungkin ingin dilakukan oleh gadis ini, namun nasib tidak menyebelahinya pada hari itu apabila 'moment' berjanji temu dengan kekasih diketahui ibu.
@wani.safrudin #fypage @alliaa79 ♬ original sound - Wani.safrudin
Menerusi perkongsian Wani Safrudin, menyaksikan video yang dirakam olehnya sewaktu dia dan ibu terserempak dengan adiknya di pasar.
Turut ada bersamanya adalah seorang lelaki yang juga merupakan kekasihnya.
Kata nak keluar dengan 'member'
Menurut Wani, adiknya memberitahu ingin keluar dengan kawan perempuan tetapi hendak dijadikan cerita akhirnya dia kantoi.
Disebabkan itu, kelihatan wajahnya benar-benar terkejut sehingga tidak mampu berkata apa-apa selain ketawa, barangkali mentertawakan diri sendiri.
"Aku pernah kena"
Meninjau ke ruangan komen, nampaknya ramai berkongsi pengalaman sama menimpa mereka.
Masing-masing akui itu merupakan kejadian yang sangat memalukan dan mampu membuatkan diri tersenyum apabila terimbau semula kenangan lama.
"Mak suruh balik"
"Sampai rumah kena bahan"
Tinggalkan Komen