Bukan mudah untuk menghabiskan pelajaran ini, ramai yang perlu berjaga malam demi memastikan berjaya menamatkan pelajaran tepat pada masanya.
Namun, ada juga penat lelah itu tidak dapat disambut dengan gembira bersama rakan-rakan di hari konvoksyen memadangkan telah dijemput Illahi terlebih dahulu.
Itulah yang terjadi di sebuah majlis konoksyen di sebuah institusi pendidikan apabila bayi berusia 4 bulan yang lengkap berjubah naik ke pentas menerima skrol.
@febriantitamrin12 adek kim yang kuat ya.jadi kembangaan orng tua 🤲 al-fatihah untuk kak fadila #fyp #wisuda #universitasandijemma #sulawesiselatan ♬ suara asli - febriantitamrin12
@_alsinthya28 Wisudah hari ini terlalu mengandung bawang🥺#wisuda #fypシ #xyzbca ♬ suara asli - Alsinthya Manda'
Difahamkan, bayi dikenali sebagai Kimberly batari Fadilah Reza itu hadir bagi menggantikan ibunya, Allahyarham Citra Fadilah yang telah pergi semasa melahirkannya.
@ashar0340 Tidak ada yang tidak mungkin . jika tuhan sudah berkehendak , Alfatiha buat beliau 🙏, sehat selalu Si baby kecil Panjang umur 😇🙏#wisuda Unanda 2022#universitasandijemma #angkatan17 ♬ Hanya Rindu - Andmesh
Lebih sebak lagi apabila suami kepada Allahyarham tidak dapat menjadi wakil kerana dipercayai ditahan polis kerana terlibat dalam satu nahas jalan raya. Bagaimanapun, bayi tersebut dikatakan datang bersama neneknya.
Dalam pada itu, salah seorang tenaga pengajar Allahyarham memaklumkan bahawa Citra seorang yang sangat komited terhadap pelajaran malah pelajar yang bagus meskipun sedang sarat mengandung.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat momen tersebut. Bahkan kagum akan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu-ibu demi melahirkan anak yang dikasihi.
Tinggalkan Komen