Ambil masa 4 tahun untuk siap, kapal layar mewah dikenali Adastra gemparkan orang Perlis

Oleh: Zuzu Yasmine

Beberapa hari lalu, penduduk di sekitar Kuala Perlis dikejutkan akan kehadiran sebuah kapal layar mewah yang jarang dilihat di kawasan berkenaan.

Kapal mewah yang dikenali sebagai superyacht itu dianggarkan berharag USD45 juta (RM200 juta) dikatakan tiba dari Langkawi dan bergerak menuju ke dok Perlis Marine Engineering (PME) Sdn Bhd bagi tujuan pembaikan kapal layar berkenaan.

Untuk makluman kapal mewah tersebut diberi nama Adastra yang diambil dari bahasa Latin bermaksud menuju ke bintang-bintang dan milik saiz kira-kira 43 meter.

Kapal layar mewah itu telah dibina oleh McConaghy Boats untuk seorang ‘baron’ perkapalan yang berpangkalan di Hong Kong.

Lebih menarik lagi apabila kapal layar mewah ini pertama kali diperlihatkan kepada dunia pada 2012 dengan nilainya pada waktu itu sekitar USD10 juta (RM44.5 juta) serta kos operasi tahunan mencecah USD1 juta (RM4.45 juta).

Adastra dikatakan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan malah sejak 2008 lagi pemilik dan pereka ini telah mencipta sebuah kapal dengan reka bentuk yang tidak lapuk di zaman.

Menurut portal pemilik Superyacht Fans, kapal layar mewah ini dikatakan milik Antony Marden yang berusia 73 tahun dan miliki kekayaan sehingga USD200 juta (RM890 juta) melalui beberapa perniagaan seperti Fenwick Shipping yang mula beroperasi sejak tahun 1973 lagi.

Antony juga merupakan pemilik Magsaysay Transport and Logistics Group yang berpangkalan di Manila, sebuah syarikat logistik yang menumpukan pada bidang pengurusan kapal, bunker marin, pembaikan & perkhidmatan marin, dan perundingan marin.

Usahawan kaya itu juga dikatakan gemar akan aktiviti pelayaran malah memiliki beberapa beberapa pulau persendirian sekitar Asia Tenggara, antaranya pusat peranginan pulau persendirian Pulau Pangkil di Indonesia dan resort butik Pulau Joyo di Kepulauan Riau berhampiran Singapura.

Sekitar tahun 2019, Antony mahu menjual kapal layarnya dengan harga USD12 juta (RM53.44 juta) bagaimanapun kini harga Adastra dikatakan bernilai USD10juta (RM44.5juta) sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen