Lebih selesa naik kereta, rakyat Malaysia dicop malas jalan kaki

Oleh: Zuzu Yasmine

Malaysia miliki cuaca panas dan lembap sepanjang tahun berikutan berada di garisan khatulistiwa. Berikutan perkara itu membuatkan ramai penduduknya lebih selesa untuk memandu kereta atau menunggang motosikal menuju ke destinasi mereka.

Disebabkan perkara itu, jarang sekali kita dapat melihat penduduk di Malaysia berjalan kaki menuju sebuah kawasan meskipun dengan jarak yang dekat.

Menurut kajian Universiti Stanford, Malaysia merupakan negara ketiga tertingga di dunia dalam kategori rakyat paling malas melakukan aktiviti berjalan kaki.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, seramai 717,527 responden yang memberi gambaran sekilas tentang gaya hidup penduduk di 111 negara di seluruh dunia.

“Rakyat Malaysia secara purata melakukan 3,963 langkah sehari,” katanya.

Penyelidik Universiti Standford juga menyimpulkan ketidaksamaan dalam aktiviti fizikal yang dilakukan bagi setiap penduduk di negara dunia sehingga mengundang kepada pertambahan berat badan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), purata jumlah berjalan kaki bagi setiap individu seperti mana yang disarankan oleh global adalah sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari.

Dalam kajian yang sama, negara mempunyai masalah obesiti rendah juga merujuk kepada sikap rakyatnya yang gemar aktiviti berjalan kaki setiap hari.

Bagaimanapun, terdapat jurang besar antara individu yang gemar berjalan kaki dengan golongan kurang mengamalkan gaya hidup sihat kerana lebih mudah menjadi obesiti.

Untuk makluman, negara pertama di dunia miliki rakyat paling malas berjalan kaki ialah Indonesia, yang mana jumlah purata rakyat di sana hanya berjalan sekitar 3,513 langkah sehari.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen