Peniaga nafi kedai tak halal, siap tunjuk proses masak buktikan pada netizen. -"Kami buat sendiri..."

Beberapa hari lalu, kecoh beberapa dakwaan di media sosial memaklumkan bahawa perniagaan nasi ayam dan nasi itik seorang peniaga muda di Pulau Pinang diragui status halalnya.

Demikian setelah  tular sebuah video memaparkan dua orang pekerjanya sedang memunggah barang seperti bekas makanan di sebuah kedai makan milik orang bukan Islam.

 

 

Peniaga buka cerita sebenar

Enggan mengeruhkan keadaan, pemilik perniagaan serta pekerjanya kemudian tampil dalam satu video di Tiktok menjelaskan kejadian sebenar sekaligus memohon maaf kerana membuat ramai was-was.

 

@matrukun7 entah sapa yg salah..😁#fyp #viral ♬ bunyi asal - 𝓢π“ͺ𝓽 𝓻𝓾𝓴𝓾𝓷

 

"Kami minta maaf kerana telah menimbulkan rasa was-was hingga buat orang jadi marah."

"Sebenarnya kami drop barang kat situ untuk basuh dan meletakkan lebihan makanan..."

"Selalunya owner akan bagi lebihan makanan tu dekat anjing..."

 

Tunjuk proses masak

Bukan itu sahaja, mereka juga turut berkongsi proses masakan menu yang 'viral' di kedainya bagi menguatkan lagi kenyataan bahawa kedai mereka adalah halal.

 

"Kami masak sendiri, kalau kami tak ada pun kawan-kawan kami ada..."

"Dulu kami kerja dengan dia dekat kilang, kami banyak belajar dari dia dan mula menguruskan perniagaan masing-masing lepas habis PKP."

Kedai makan 'viral' ditutup

Bagaimanapun, menerusi laporan Harian Metro memaklumkan bahawa premis tersebut telahpun ditutup secara rasmi.

Hal itu sekaligus menimbulkan keraguan kerana mereka sepatutnya membuat laporan mempertahan perniagaan, namun sebaliknya pula terjadi seolah-olah ingin lari dari kebenaran.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen