Tahu helah kedai Cina, lelaki mualaf 'sound' peniaga nasi itik. -"Takkan tak boleh fikir?!"

Setelah mengamati video penjelasan pemilik perniagaan nasi itik di Tiktok, seorang lelaki yang juga merupakan mualaf luah curiga dengan kenyataan dari pihak mereka.

 

"Agak tak logik"

Dia yang dikenali dengan nama ezzuchang berpendapat bahawa kenyataan pemilik kedai tersebut tidak logik, lebih-lebih lagi apabila mereka memutuskan menghentikan operasi selain tutup kedai secara rasmi.

 

@ezzuchang Melayu jual Ayam & Itik panggang Viral Non Halal? Orang Melayu Makan Kedai Cina? #oppazuzu #ezzuchang #fyp #foryoupage #foryourpage #tiktokguru #nasiayamviral #nasiitikviral ♬ original sound - ezzuchang

 

"Kenapa nak takut, berani kerana benar..."

"Agak tak logik, kenapa korang kena ada dekat kedai Cina, terang-terang kedai tu ada jual 'caisu' (pork)...takkan korang tak fikir benda-benda tu semua?"

"Bila orang nampak video tu, mestilah diaorang akan fikir bukan-bukan."

"Tak tahu, jangan jual!"

Selain itu, dia juga memaklumkan betapa terkilannya dengan tindakan peniaga terbabit jika semua dakwaan dan teka-teki orang ramai adalah benar.

"Korang kalau tak tahu jual makanan Chinese Style, tak payah jual, buat je style Melayu, itupun sedap...tak dinafikan orang kita susah nak buat Chinese Style kalau tak ada ilmu atau tak pernah belajar, betul aku cakap..."

Oleh yang demikian, menurutnya adalah lebih baik jika mereka menjual sesuatu jenis makanan itu mengikut kemahiran maisng-masing dan itu lebih baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen