RM5 cair dan rosak lepas diseterika, lelaki bandingkan pula kualiti wang Indonesia

Benar, Malaysia dan Indonesia itu adalah serumpun, namun percaya atau tidak ada juga segelintir dalan kalangan rakyatnya gemar melakukan sesuatu yang remeh sehingga membuatkan dua buah negara ini saling berselisih faham.

Banding kualiti wang kertas dua negara

Mengikuti perkongsian di Tiktok, seorang lelaki ada membuat satu kajian berhubung kualiti wang kertas dari Malaysia dan juga Indonesia.

@japenbanyuke Lupa kalo ringgit itu plastik😭ga bisa di setrika#ringgitmalaysia #fypシ ♬ demi alek - GalGadun

 

Dalam paparan tersebut, kelihatan wang kertas bernilai RM5 cair dan renyuk selepas diseterika, sedangkan wang kertas daripada Indonesia tidak seperti itu.

Renyuk dan cair lepas diseterika

Kita semua sedia tahu akan jenis bahan yang digunakan oleh Malaysia dalam menghasilkan wang kertasnya, justeru itu wang tersebut mencair apabila diseterika kecuali jika dialas dengan sesuatu.

 

"Dah kenapa diseterika"

Bagaimanapun, tiada sesiapa tahu akan motif pemuda itu berbuat kajian tersebut, namun rata-ratanya melihat perkongsiannya dari sisi yang positif dan saling berseloroh sesama mereka di ruangan komen.

"Nasib baik RM5 je"

 

"Okeylah tu, tak mudah koyak"

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen