Teringin naik kereta polis Jepun, lelaki sengaja buat masalah tersenyum impian tercapai

Tindakan seorang pemuda dari Indonesia dianggap tidak masuk akal apabila dia menyatakan telah lama menyimpan hasrat untuk menaiki kereta polis di Jepun.

Disebabkan hal itu, dia nekad melakukan sesuatu agar impiannya tercapai.

Sengaja buat salah

Menerusi video yang dikongsi Isal, menyaksikan gelagatnya yang sengaja menyentuh pagar sebuah rumah di kawasan kejiranan, walhal sudah ditampal tanda amaran.

@droopingllama Kalian pernah naik mobil polisi ga? #FYP #fy #fypシ #jepang #mobilpolisi #glimpseofus #jepangindonesia #komedi ♬ Glimpse of Us - Joji

 

Tidak lama selepas itu, kelihatan sebuah kenderaan polis tiba di perkarangan rumah dan sedia untuk mengambil pemuda berkenaan atas kesalahan yang telah dilakukan.

Puas hati impian tercapai

Pun begitu dia tidak takut, sebaliknya berpuas hati kerana kejadian berlaku bersesuaian dengan rancangannya dan dia kelihatan sangat menikmati saat-saat berada di dalam kenderaan tersebut.

"Mesti mak dia bangga"

Meninjau ke ruangan komen, ramai tidak menyangka dia sangat nekad dan masing-masing mula terbayang reaksi polis apabila mengetahui kesalahan itu dilakukan dengan niat dan disengajakan.

 

"Bahagia kena tangkap"

 

"Ini baru betul usaha"

 

"Tercapai impiang bang"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen