"Balik nanti kena tu..." -Tersengih saman abang sendiri, netizen puji anggota trafik profesional

Undang-undang tak kira adik beradik.

Frasa tersebut bagi menggambarkan betapa perlunya seseorang itu adil untuk menjatuhi sebarang hukuman jika didapati bersalah, hatta dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

 

Tersengih saman abang sendiri

Menggalas tanggungjawab sebagai anggota trafik, dia sewaktu sedang bertugas tidak semena-mena telah mengeluarkan saman terhadap sebuah kereta.

Pun begitu, apa yang membuatkan netizen mengaguminya bilamana mendapati rupanya individu yang disaman adalah abang kandungnya sendiri.

 

 

@remydamak77 Abg Tak Marah Ko dik, ko Hanya Jalankan tugas 👍😒😒#fypシ゚viral ♬ suara asli - Kayu,Jabuk,SaMpiT.kotim
 

 

"Salah tetap salah"

Jadi, tidak hairanlah jika lihat dia tersengih sewaktu sedang dirakam oleh pemilik akaun.

Bukan itu sahaja, mereka juga sempat berswafoto sebelum masing-masing bersurai dan kembali menyambung tugas.

"Walaupun kita adik beradik, salah tetap salah."

"Ingat pesan arwah ayah dik, jalankan amanah dengan penuh tanggungjawab."

 

"Balik rumah siap tu"

Melihat gelagat dua bersaudara itu, membuatkan netizen ikut terhibur dan sempat berseloroh 'membahan' si adik apabila mereka berdua di rumah nanti.

"Nanti mengadu dekat mak"

"Dia tahu abang banyak duit"

 

"Tahniah, jalankan tanggungjawab..."

Dalam waktu sama, dia juga dihujani pujian bilamana rata-ratanya kagum dengan caranya menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah.

"Masih ada insan amanah"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen