Tetap nak habiskan larian, usaha petugas papah atlet ke garisan penamat sentuh hati netizen

Perkongsian video yang dimuat naik oleh pemilik akaun bernama budak_sukan telah memberi impak yang sangat mendalam buat sebahagian pengguna platform tersebut.

 

Bantu papah atlet ke garisan penamat

Demikian apabila melihat tindakan seorang petugas perubatan yang menjaga padang berusaha membantu salah seorang atlet lumba lari menamatkan lariannya hingga ke garisan penamat.

 

@juriani.matrodzi

kalau aku confirm2 pengsan terus lari 5000m tengah hangat 🔥😂 400mh pun jerit kt medic hilang pungkoq. HAHAHA 🙏🏽😂

♬ Fikirkan Boleh - Metropolitan

 

Menurut sumber, atlet itu tiba-tiba rebah di tengah 'track', namun masih tetap ingin menamatkan larian walau dalam apa jua cara sekalipun.

Tersungkur tengah 'track'

Justeru itu, petugas tadi tampil memenuhi hajatnya dengan bantu memapahnya sehingga dia sendiri tersungkur kerana keterbatasan kudrat.

Bagaimanapun, dengan bantuan beberapa individu yang berada di lapangan akhirnya mereka berjaya membawa atlet tadi menamatkan lariannya dalam keadaan lemah seperti itu.

"Apasal aku nangis?"

Melihat kejadian itu membuatkan warganet ikut terharu dan tak kurang juga sebak mengenangkan usaha petugas perubatan berkenaan berbuat demikian.

 

"Saya terkedu, mereka sebenarnya hero"

"Air mata gugur"

"Betul2 semangat kesukanan"

Dalam waktu sama, mereka juga titip ucapan terima kasih kepadanya di atas kesudian membantu atlet tersebut.

"Dia sudah menjadi wira"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen