Susulan seorang wanita berpakaian ihram lelaki ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci baru-baru ini, siasatan lajut untuk mendapatkan maklumat individu tersebut akan dilakukan.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengarahkan Tabung Haji (TH) untuk menghubungi Jabatan Imigresen bagi mendapatkan maklumat kepulangan wanita berkenaan.
Pihaknya juga membuat siasatan lanjut untuk mendapatkan maklumat mengenai tempat asal wanita berkenaan dan akan memaklumkan kepada pihak berkuasa negeri terbabit untuk tindakan lanjut.
"Dia pergi (Makkah) secara sendiri menggunakan visa pelancong," katanya.
Terdahulu, tular di media sosial akan video berdurasi 17 saat yang memaparkan seorang wanita dipercayai berpakaian ihram lelaki berada di depan Kaabah dalam Masjidilharam di Makkah.
KAU NAK CABAR SIAPA NUR SYAZWANI BINTI MOHAMAD RESAD???? Kau nak cabar tuhan yg menciptakan kau? Kau nak cabar siapa ni??? Yes aku dengan kau takda masalah, tapi kau tau aku akan mengamuk bila kau pijak agama macam ni, kau tau sebab apa, and aku takkan duduk diam ayid! pic.twitter.com/aYE6mn7fpT
— .am (@nameisAm_) August 12, 2022
Tinggalkan Komen