Dah macam mangsa fesyen, ramai kecewa lihat baju tradisional jadi ‘mengarut’

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa ketika ini sedang berlangsungnya KL Fashion Week 2022 (KLFW) yang bertempat di pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur.

Sejak hari pertama sehingga semalam, pelbagai rekaan hasil dari pereka fesyen terkenal tampil dengan karya-karya yang memukau ramai.

Bagaimanapun, rekaan dari pereka fesyen Khai Kel Wen dari Behati semalam menjadi perhatian ramai.

 

"Habisla baju kebaya."

Dalam video yang dimuat naik di TikTok Eh Malaysia, memaparkan beberapa koleksi Behati yang mengamil inspirasi daripada gaya Peranakan pada tahun ini.

Menerusi video tersebut dapat dilihat beberapa pakaian tradisional direka menjadi lebih terkini namun menerima kritikan ramai.

@ehmalaysia Koleksi BEHATI di KL Fashion Week tahun ini mengambil inspirasi daripada gaya ‘Peranakan’ #ehmalaysia #behati ♬ original sound - ehmalaysia

 

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet kecewa apabila baju tradisonal tersebut seakan dipermainkan. Bahkan, mereka juga berpendapat bahawa fesyen tersebut terlalu unik sehingga sukar untuk difahami.

Mengucap tengok

Macam mangsa fesyen

Baju tradisional dibuat main

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen