“Terima kasih tak bunuh Hawa.” – Saksi kongsi detik jumpa bayi, jelas bukan pelajar UPSI

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dikejutkan dengan penemuan bayi cukup sifat di atas sofa yang telah dihurung lalat berhampiran premis makanan di Taman Bahtera, Hulu Selangor.

 

Bagaimanapun, tindakan pantas para pelajar itu telah menyelamatkan bayi perempuan yang masih belum dikenali pasti bangsa dan waktu lahirnya.

@nisa_rinaa Selalu dengar dari berita kes buang bayi, harini experience sendiri kes bayi yang dibuang. Sumpah sepanjang dengan baby ni sebak, nangis, sedih, marah, kecewa semua ada. Tolonglah bertanggungjawab for your actions even if it's a mistake #foryoupage #fypppppp #fyp #fypp ♬ original sound - Nisa Rina IV

Sebagai saksi kejadian, Nisa Rina berkongsi kronologi situasi cemas tersebut selepas menerima berita tersebut dari rakannya.

Selamat berpantang ibu Hawa!

Berkongsi akan tindakan yang diambil oleh dia dan rakan-rakannya, Nisa memaklumkan mereka memastikan bayi tersebut terus bernafas namun mengelak daripada menyetuh kerana bimbang akan menghilangkan bukti penting.

@nisa_rinaa Kami temui adik Hawa dihurungi 20 lebih ekor lalat, di kawasan anjing liar berkeliaran dan dihinggapi semut merah. Adik Hawa berjaya kuat, survive ! #fypp #fyp #fypppppp #foryoupage ♬ original sound - Nisa Rina IV

Menurut Nisa, ibu kepada bayi yang dibernama Hawa itu dipercayai telah ditangkap dan merupakan salah seorang pekerja di kawasan sekitar itu.

 

Dalam pada itu, Nisa turut mengucapkan selamat berpantang kepada ibu bayi berkenaan malah berharap agar si pelaku terbuka hati untuk mencari kembali anaknya kelak.

Bukan pelajar UPSI

Menerusi video yang lain pula, Nisa menjelaskan bahawa pelaku bukannya pelajar UPSI seperti yang dikecohkan namun suspek merupakan seorang remaja yang telah bekerja.

@nisa_rinaa Salam semua, Mari kita sama² banteras spekulasi yang x betul yaa, mohon sebarkan pada semua juga. Sorry laa kena letak emoji untuk menutup benda² yg perlu ditutup haha #fypp #fyp #fypppppp #foryoupage ♬ original sound - Nisa Rina IV

Melihat ke ruangan komen, rata-rata memuji akan pesanan Nisa kepada ibu Hawa sekaligus bersetuju untuk tidak menghukum pelaku tanpa tahu kisah yang dihadapinya.

Bukan caci tapi mendoakan

Pesanan menusuk kalbu

Terima kasih

  

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen