Mahu beri keselesaan pada penduduk, Singapura bakal iktiraf hubungan sejenis?

Oleh: Zuzu Yasmine

Dahulu ditentang dan disisihkan, kini golongan homoseksual atau hubungan sejenis kini semakin diterima beberapa negara dunia meskipun ada yang meletakkan homoseksualiti ini sebagai satu jenayah.

 

Terbaharu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, mengumummkan akan memansuhkan undang-undang yang melarang hubungan seks sejenis, sekali gus mengiktiraf kedudukan golongan homoseksual di negara itu.

"Saya percaya ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan, dan sesuatu yang kebanyakan rakyat Singapura akan terima," kata Hsien Loong.

Singapura terkenal dengan nilai konservatif, tetapi semakin ramai penduduknya menggesa agar Akta 377A yang wujud sejak era kolonial itu dimansuhkan.

"Golongan homoseksual kini lebih diterima dan menghapuskan Akta 377A akan membawa undang-undang negara itu selaras dengan norma sosial semasa,” ujarnya.

 

Pendirian kerajaan sebelum ini adalah untuk mengekalkan akta berkenaan tetapi juga berjanji untuk tidak menguatkuasakan undang-undang, sebagai cara untuk menenangkan kedua-dua pihak.

Beliau juga berharap perkara ini membawa sedikit kelegaan kepada golongan itu di Singapura sekaligus pihak kerajaan akan memastikan perlindungan undang-undang yang lebih baik untuk perkahwinan sebagai satu konsep amalan untuk lelaki dan wanita.

Ini akan menyukarkan perkahwinan sesama jenis untuk disahkan.

Untuk makluman, Singapura merupakan negara terbaharu di Asia yang mengiktiraf hak homoseksual, selepas India, Taiwan dan Thailand.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen