Kes rempuh dari belakang, pemandu van polis dikenakan tindakan

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan tular akan ketidakpuasaan hati seorang adik peniaga berikutan abangnya disaman selepas dilanggar pihak polis sehingga terpaksa menanggung kerugian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Azhar Bin Mohd Yusoff mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan jalan raya di KM 16 Jalan Jerantut Temerloh pada 20 Jun lalu.

 

Berdasarkan siasatan yang dilakukan, saman dikeluarkan ke atas pemandu kenderaan orang awam tersebut atas kesalahan menghalang lalulintas di bawah kaedah 12(4) LN 166/59 iaitu kenderaan tidak boleh berhenti dan memotong di garisan putih berkembar bagi apa-apa tujuan.

“Pada 25/8/22, Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Temerloh telah mengeluarkan saman kepada pemandu kenderaan awam tersebut sebagaimana arahan oleh Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

 

Dalam pada itu, pemandu van polis juga telah diambil tindakan kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Katanya, pihak PDRM juga telah mengambil tindakan tatatertib terhadap terhadap pengawai penyiasat jika terdapat unsur-unsur kecuaian dalam siasatan.

Beliau turut berharap penerangan tersebut jelas dan tiada lagi spekulasi terhadap tindakan PDRM dalam menjalankan tugas.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen