Jual udara dari konsert Billie Eilish, tak sangka harga cecah sampai RM48K

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, penyanyi terkenal antarabangsa, Billie Eilish telah menjelajah seluruh dunia bagi melangsungkan konsert Happier Than Ever World Tour 2022.

Selain Malaysia, Billie juga turut pergi ke Singpura untuk bertemu dengan peminatnya di negara itu.

 

Pasti peminat-peminat penyanyi berusia 20 tahun bertungkus lumus untuk mendapatkan tiket sekaligus menjadi penonton paling hadapan di konsert berkenaan.

Buat mereka yang tidak berkesempatan untuk ke konsert berkenaan, siapa sangka anda boleh merasai pengalaman dengan membeli udara dari konsert tersebut.

Itulah penjualan pelik yang berlaku selepas  Billies Eilish mengadakan konsert di Singapura baru-baru ini.

Menurut laporan Mothership SG, udara dari konsert Billie Eilish di Singapura itu telah dijual dengan harga $15,000 (RM48,000).

 

Lebih kelakar lagi apabila, udara tersebut dibungkus di dalam plastik dan iikat dengan getah oren bagi mengekalkan kesegarannya sebelum dijual di laman Carousell.

Untuk makluman, siri konsert jelajah dunia “Happier Than Ever” Billie Eilish itu telah diadakan pada 21 Ogos 2022 di Stadium Nasional Singapura.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen