Terbabas ketika cuba larikan diri, 'Superman' berjaya ditahan polis

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berjaya ditahan di Plaza Tol, Jabar, Lebuhaya Pantai Timur (LPT) 1 selepas aksinya menunggang motosikal secara berbahaya dirakam oleh anggota polis.

 

 

 

'Superman' jadian ditahan polis

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki tersebut juga melakukan aksi zig zag dari lorong kanan jalan dan lorong kiri jalan secara berulang kali sejauh dua kilometer dari kilometer 248 hingga kilometer 250 di lebuhraya berkenaan.

“Anggota polis mengarahkan suspek supaya berhenti, namun lelaki itu terus memecut laju menghala ke Plaza Tol Jabar.”

-Hanyan Ramlan-

Gagal larikan diri

Dalam pada itu, suspek dikatakan cuba melarikan diri apabila dia bertindak membuat pusingan U dengan melawan arus ke Kuantan, Pahang sebelum sekali lagi membuat pusingan U menghala ke Plaza Tol Jabar.

“Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila suspek telah terbabas sendiri kira-kira 50 meter dari plaza tol tersebut menyebabkan dia luka didagu,”

-Hanyan Ramlan-

Sementara itu, hasil ujian air kencing ke atas suspek mendapati di negatif dadah.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen