"Patutlah panas sejuk..." -Pemuda dekah juruteknik pasang kompresor 'aircond' dalam bilik

Sejak semalam, tular video lucu memaparkan keberadaan kompresor penghawa dingin diletakkan di dalam bilik yang mana kebiasaannya berada di luar rumah.

 

Tiba-tiba rasa panas sejuk

Mungkin ada yang beranggapan itu cuma 'marketing', namun siapa sangka kejadian berlaku benar-benar di luar jangkaan kerana tidak pernah dibuat dek orang.

Bercerita semula detik itu, dia bernama Sufian Muhammad atau mesra disapa Pian akui terkejut melihat keberadaan kompresor tersebut.

 

"Kebetulan saya ada buat kenduri kesyukuran untuk anak saya di situ. Saya rasa pelik sebab rumah tiba-tiba jadi panas sejuk...ingatkan ada makhluk halus."

"Rasa gelisah juga masa tu. Tapi apabila isteri cakap ada kompresor dalam bilik, saya terus rasa bengang."

"Lepas pergi tengok tu memang terkejut, terus marah pada makcik dan tanya siapa pasang. Tapi makcik tak mahu cakap sebab takut gaduh."

-Pian-

Dah dua bulan pasang

Menurut Pian, penghawa dingin itu sudah dipasang dua bulan di rumah ibu saudaranya.

Dia juga akui terkilan kerana tidak dapat membantu ibu saudaranya ketika itu kerana tiada kekangan waktu menyebabkan ibu saudaranya mencari juruteknik lain yang disyorkan dari kawan-kawan.

"Mak cik ada suruh saya pasang aircond tu tapi tak dapat buat secepat yang dimintanya sebab saya ada job kat tempat lain."

"Disebabkan itu, dia hubungi juruteknik dari Rantau panjang untuk buat pemasangan, tapi jadi macam ni pula."

-Pian-

"Saya tak tahu apa-apa"

Sementara itu, menurut ibu saudaranya pula, dia memang tidak tahu apa-apa tentang pemasangan tersebut, cuma akui pelik apabila alat itu tidak berfungsi.

"Saya hubungi tukang tu, tapi dia cakap gas habis dan kena beli sendiri di kedai. Tapi apabila saya pergi kedai aircond di Pasir Mas, pekerja tu pelik sebab mereka tak jual gas secara liter seperti yang dikatakan tukang itu."

Tambahnya, juruteknik itu juga memaklumkan perlu menambah sejumlah RM200 hingga RM300 jika mahu mengubah kompresor.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen