Tambang Haji dijangka naik lagi, bakal jemaah dinasihat jangan bergantung pada bantuan sahaja

Syarikat Lembaga Tabung Haji memberi bayangan terdapat kemungkinan akan berlaku lagi peningkatan bayaran mengerjakan ibadah haji bagi jemaah muassasah di negara ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusinya, Haji Tan Sri Azman Mokhtar pada bulan lalu dan akan membincangkan tentang isu berkenaan dengan kerajaan.

 

Tak dapat dielak

Ujarnya, peningkatan kos berkenaan disebabkan oleh beberapa faktor termasuk inflasi, pergerakan nilai tukaran mata wang, pengenalan caj dan cukai baharu oleh kerajaan Arab Saudi selain pembangunan di Makkah dan Madinah.

Berkongsi pandangannya, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, peningkatan kos haji adalah perkara yang perlu diterima oleh bakal jemaah kerana sesuatu yang tak dielakkan.

Kumpulan Pertama 479 Jemaah Haji Malaysia Tiba di KLIA - M-Update

 

Jangan bergantung pada bantuan sahaja

Dalam waktu sama, Md Daud juga menasihati bakal jemaah untuk tidak terlalu bergantung pada subsidi atau bantuan kewangan semata-mata untuk menunaikan ibadah tersebut.

"Istilah kemampuan ini juga boleh dipecahkan kepada aspek-aspek berikut, iaitu bakal haji berkemampuan membayar kos tunai haji, ada bekalan nafkah untuk waris yang ditinggalkan, ada pengangkutan, aman perjalanan (tiada kekacauan), sihat tubuh badan dan mempunyai masa dan kebenaran (untuk menunaikan haji)."

"Sudah tiba masanya Tabung Haji tidak dibebankan dengan jumlah subsidi haji yang tinggi dan bakal haji perlu bersedia untuk membayar lebih serta tidak boleh lagi bergantung pada bantuan Tabung Haji semata-mata."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen