Sikap segelintir umat manusia yang berpegang pada prinsip 'asal boleh' dilihat tidak sesuai dipupuk dalam diri.
Ini kerana tindakan tersebut lebih kepada menyusahkan orang lain, terutamanya apabila berada di tempat awam.
Kereta pelawat halang ambulans
Mengambil pendekatan itu, mungkin dapat kita lihat menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Jabatan Netizen Malaysia di laman Twitter.
📍Hospital Selayang.
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) September 28, 2022
Kejadian hari ini, 28hb September 2022.
Kenderaan menghalang laluan ambulans. pic.twitter.com/5L3QuNhzHW
Sorotan 52 saat itu, memaparkan detik petugas hospital terpaksa berjalan jauh untuk membawa pesakitnya dari ambulans ke wad kecemasan.
Semuanya disebabkan oleh keberadaan sebuah kereta Viva yang dikatakan milik pelawat yang telah menghalang laluan keluar masuk ambulans.
"Tinggal lah nombor"
Meskipun ada yang beranggapan pemilik kenderaan juga mempunyai urusan kecemasan di situ, namun adalah sebaiknya dia meletakkan nombor telefon di kereta atau menitip pesanan kepada pengawal keselamatan.
Menurut sumber, kejadian berlaku di Hospital Selayang dan sehingga setakat ini tiada maklumat lain diperoleh berhubung insiden tersebut
Tinggalkan Komen