Mengaku salah rogol anak tiri, mahkamah minta imigresin 'usir' lelaki ke negara asal lepas hukuman

Kejam! Seorang buruh ladang warga Indonesia mengaku bersalah merogol anak tirinya berusia 12 tahun pada Ogos tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh ladang didakwa merogol mangsa di sebuah rumah kongsi di Batu 17, Jalan Bukit Quoin antara jam 8 pagi.

 

Lelaki mengaku bersalah rogol anak tiri

Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Lius Jappa selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang sepuluh tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan juga hukuman sebat jika sabit kesalahan.

 

Rayuan hukuman tak insafkan tertuduh

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi dalam hujahnya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam selain kesan trauma yang dialami mangsa.

"Pendakwaan juga mengambil kira faktor trauma dialami mangsa, yang mana dalam kes ini mangsa yang masih muda (12 tahun) kelak terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal tanpa suami dan anak tanpa ayah.

"Rayuan yang dikemukakan tertuduh juga sedikit pun tidak menunjukkan perasaan insaf atau menyesal atas perbuatan yang telah dilakukannya."

-Mohd Suhaimi-

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh, dipenjara 15 tahun dan sepuluh sebatan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 22 September 2022, serta dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk diusir pulang ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman.

Mangsa disahkan hamil 7 bulan

Berdasarkan fakta kes, pada 21 September 2022, kira-kira jam 11.30 pagi mangsa telah dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Tawau oleh guru sekolahnya selepas mengesyaki keadaan perut mangsa seperti wanita mengandung.

Hasil pemeriksaan lanjut oleh doktor bertugas mengesahkan mangsa hamil tujuh bulan sebelum laporan polis dibuat.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen