Kecurigaan seorang ayah melihat perjalanan menghantar anaknya ke sekolah tidak seperti biasa bagaimanapun tidak mendorong mereka untuk berpatah balik.
Sebaliknya, anak beranak itu memilih untuk meneruskan perjalanan sehingga tiba di perkarangan sekolah.
Ayah tak tahu anak cuti peristiwa
Pun begitu, apa yang mengejutkan rupanya bangunan sekolah juga kosong tiada seorang pelajar atau guru pun yang datang, walhal hari itu adalah hari Isnin, cuma kelihatan dua orang pengawal keselamatan menjaga di pagar hadapan.
@hishamtaib Entahlah nak…x tahu kat mana silapnya ðŸ˜
♬ original sound - Suprie Belenyon
Menurut pemilik akaun yang menggunakan nama Hisham Taib, dia tidak tahu hari itu sekolah anaknya cuti peristiwa berikutan hari sukan yang diadakan minggu lalu.
"Tukar telefon, tak perasan..."
Ujarnya, cikgu telah memaklumkan dalam kumpulan 'Whatsapp' ibu bapa, cuma dia tidak menyedari notis tersebut kerana bertukar telefon.
"Anak kata buat malu je"
"Perkara tu normal"
Menjengah ke ruangan komen, netizen pakat mentertawakan anak beranak itu mengenangkan peristiwa tersebut yang sememangnya agak memalukan.
"Tak boleh tahan gelak"
"Pengalaman wajib mak ayah"
Namun, mereka beranggapan itu merupakan satu pengalaman yang pastinya akan diingati oleh anaknya sampai akhir hayatnya.
Tinggalkan Komen