Bising anak pelanggan tak makan sayur, netizen minta peniaga jangan sibuk. -"Buat je kerja tu..."

Tak dinafikan, ada dalam kalangan kita memang tidak menggemari makan sayuran.

Namun begitu, adakah wajar kita memaksa mereka berbuat demikian hanya kerana di dalamnya terdapat pelbagai khasiat dan sememangnya bagus untuk kesiharan?

Peniaga berleter anak pelanggan tak makan sayur

Samalah peristiwa yang berlaku dalam video dimuat naik oleh Ahmad Suhaimi di laman Tiktok ini yang menyaksikan responnya apabila melihat pesanan pelanggannya.

 

@ahmadsuhaimi.sk ajar la anak2 makan sayur..sayur penting woo... #makansayur #fyp #orderpanda ♬ Ayo Makan Sayur - Kak Yudi - Jessica Graciela

 

Dalam video tersebut, dia membebel mempersoalkan permintaan pelanggan yang meminta agar mee sup yang dipesan tidak diletak sayur.

Selain itu, pelanggannya juga berpesan agar mee tersebut tidak dicampur dengan cili kerana hidangan tersebut khusus untuk anaknya yang masih kecil.

"Biarlah anak dia..."

Suhaimi beranggapan, ketika anak masih kecil lah perlu diajar makan sayur agar kelak mereka terbiasa.

Walau bagaimanapun, netizen menyelar tindakan pemilik akaun dengan menyatakan pendapat masing-masing berhubung situasi tersebut.

 

"Elak membazir bang"

"Anak dah makan pun bersyukur"

Sementara itu, kaum ibu pula berpendapat perkara sebegitu sebenarnya tidak sepatutnya menjadi isu kerana semua bergantung kepada kemahuan anak-anak.

Bukan tidak paksa, tetapi ada dari kalangan anak kecil akan muntah apabila disuruh makan sayur dan sikap itu berlanjutan hingga mereka dewasa.

"Itu pun jadi isu"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen