Lebih kurang 200 individu Islam ditahan, seronok 'teguk' arak dalam pusat hiburan

Semalam, tular sebuah video menyaksikan sebuah pusat hiburan di Pulau Pinang diserbu secara mengejut oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

 

Indvidu beragama Islam kantoi teguk arak

Hasil pemeriksaan ke atas pengunjung, seramai lebih kurang 200 individu beragama Islam didapati meminum arak.

Menurut laporan, mereka berusia antara 20 hingga 45 tahun telahpun ditahan ketika serbuan dilakukan oleh pihak JHEAIPP pada sekitar jam 1.30 pagi.

Terima khidmat kaunseling

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Mohd Azizon Noordin berkata, fokus operasi kali ini membabitkan kesalahan mengikut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu minum minuman memabukkan.

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya."

"Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Timur Laut bagi ujian saringan."

"Kesemua yang ditahan juga diberikan kaunseling,"

-Azizon Nordin-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen