Lelaki temui ajal ketika curi ekzos kereta

Seorang lelaki tidak bernasib baik apabila dia dipercayai maut ketika sedang melakukan jenayah curi ekzos kenderaan itu di Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang.

 

Maut ketika curi ekzos

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitandan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 4 hingga 6 pagi.

Menurutnya, polis dimaklumkan kejadian itu selepas menerima maklumat daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan yang mengatakan telah merawat seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an yang telah meninggal dunia di tepi sebuah kenderaan jenis Honda Accord.

"Siasatan polis mendapati kejadian berlaku semasa si mati (suspek) dan seorang rakannya dipercayai sedang cuba untuk mencuri tabung ekzos kereta terbabit."

"Tiba-tiba alat pengangkat kereta yang digunakan telah terjatuh sebelum kereta itu menghempap si mati,"

-Ahmad Ridhwan-

Ada rekod jenayah dan dadah

Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 10.45 pagi hari sama, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan pasukan ronda cegah jenayah telah berjaya menahan rakan jenayah si mati.

"Suspek berusia 32 tahun ini didapati memiliki tujuh rekod jenayah dan dua kes dadah.

"Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Banting untuk siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan,"

-Ahmad Ridhwan-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen