Percepatkan Perkahwinan Jika Sudah Mempunyai Calon.

Dan kahwinlah orang bujang (lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.
[Surah An-Nur: 32]


Islam menganjurkan kita agar menyegerakan melakukan kebaikan. Sudah tentunya perkahwinan adalah suatu yang sangat disukai oleh Allah kerana dengannya kita dapat meramaikan umat manusia, dapat memperkukuhkan persaudaraan antara dua keluarga serta menambahkan pahala apabila suami isteri saling mencintai satu dengan yang lain.

Mempercepatkan perkahwinan dapat mengelakkan fitnah. Apabila selalu berdua-duaan, ia akan membuka mulut orang untuk bercerita hal anda dan pasangan. Walaupun tidak melakukan hal yang terlarang, tetapi membuka pintu fitnah itu satu dosa. Lebih-lebih lagi sekiranya sengaja ditayangkan kepada orang ramai. Melalui media sosial hari ini, kita tidak dapat menyekat berita samaada palsu mahupun yang benar.


Perkahwinan di usia muda memudahkan untuk sebuah pasangan mendapatkan zuriat. Risiko wanita melahirkan anak sewaktu berumur 40 tahun ke atas lebih tinggi mudaratnya berbanding bersalin ketika di usia muda. Zuriat amat diidamkan dalam sebuah keluarga baru. Oleh itu dengan mempercepatkan perkahwinan, diharapkan mendapat anak yang cergas dan melahirkan lebih ramai lagi umat manusia.

Jika sebelum ini diharamkan untuk lelaki dan wanita menjalinkan hubungan kerana tidak mempunyai pertalian, setelah nikah semua yang haram dihalalkan baginya. Bahkan, di sisi Islam sebuah pasangan mendapat pahala atas kebaikan yang dilakukan oleh pasangan walau sekecil-kecil perkara. Ini akan membuatkan perkahwinan tersebut kekal bahagia.


Apabila mempunyai halangan tertentu, bersabar dan teruskan berdoa kepada Allah agar Dia mempermudahkan segala urusan kita untuk ke arah tersebut. Mudah-mudahan, berkat kesabaran dan ketekunan dalam mencari jodoh, diberikan jodoh yang terbaik bahkan mendapat pahala atas usaha yang telah dilakukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen